01 January 2014

SMARTPHONE HILANG - Jejaki Cara Mudah



Cari Smartphone Hilang

Aku dah tahu pasal perkara ni pada bulan Oktober tahun 2013. Sangat penting. Sekarang ni, ramai yang memiliki smartphone. Harganya pula, ribu-riban!

Bayangkan, smartphone korang tiba-tiba hilang (minta dijauhkan). Kalau aku la, benda pertama aku risaukan adalah segala akaun aku yang tak logout seperti Facebook, Gmail, WhatsApp, dan banyak lagi. Mampus kalau semua akaun tu kena hack. Apa nak buat? Panik!

Sebelum terjadi peristiwa kehilangan smartphone, sila buat langkah-langkah ni dengan segera. Ni aku buat kat smartphone aku (Samsung Galaxy Note 2, OS Android).




LANGKAH 1: Sebelum Smartphone Hilang

Cari Smartphone Hilang
Pilih Google Settings di menu Apps

Cari Smartphone Hilang
Pilih menu Android Device Manager

Cari Smartphone Hilang
Tandakan (tick) kedua-dua kotak

NOTA TAMBAHAN
1) Tandakan Remotely locate this device untuk mengesan lokasi smartphone yang hilang.
2) Tandakan Allow remote lock and factory reset untuk format (factory reset) smartphone yang hilang. Tatkala sang pencuri smartphone bersuka ria hack akaun, tiba-tiba smartphone tu OFF dan apabila ON semula, semuanya kosong seperti kali pertama membeli smartphone di kedai (bayangkan muka terkejut sang pencuri).  


LANGKAH 2: Apabila Smartphone Hilang

Buka Laman Web Android Device Manager di laptop/PC

Login dengan menggunakan akaun Gmail yang sama seperti dalam smartphone yang hilang

Klik butang Locate device (bersebelahan simbol pensel) untuk mengesan kedudukan smartphone yang hilang

Klik butang Ring untuk mengaktifkan bunyi deringan tahap maksimum di smartphone yang hilang

Klik butang Setup Lock & Erase untuk mengaktifkan operasi memformat smartphone yang hilang

NOTA TAMBAHAN
1) Butang Ring boleh digunakan sekiranya korang terlupa smartphone korang letak kat mana. Kot terselit celah sofa, mana tau kan? (aku pernah buat...hahaha).
2) Semua butang kat Laman Web Android Device Manager hanya akan berfungsi dengan baik sekiranya smartphone korang dalam keadaan ON.


Senangkan? Tolonglah setting smartphone korang seawal yang mungkin. Sayang duit beribu-ribu terbang melayang. BERINGAT SEBELUM KENA!




DAH TAHU
\(^_^)/