01 January 2014

SMARTPHONE HILANG - Jejaki Cara Mudah



Cari Smartphone Hilang

Aku dah tahu pasal perkara ni pada bulan Oktober tahun 2013. Sangat penting. Sekarang ni, ramai yang memiliki smartphone. Harganya pula, ribu-riban!

Bayangkan, smartphone korang tiba-tiba hilang (minta dijauhkan). Kalau aku la, benda pertama aku risaukan adalah segala akaun aku yang tak logout seperti Facebook, Gmail, WhatsApp, dan banyak lagi. Mampus kalau semua akaun tu kena hack. Apa nak buat? Panik!

Sebelum terjadi peristiwa kehilangan smartphone, sila buat langkah-langkah ni dengan segera. Ni aku buat kat smartphone aku (Samsung Galaxy Note 2, OS Android).




LANGKAH 1: Sebelum Smartphone Hilang

Cari Smartphone Hilang
Pilih Google Settings di menu Apps

Cari Smartphone Hilang
Pilih menu Android Device Manager

Cari Smartphone Hilang
Tandakan (tick) kedua-dua kotak

NOTA TAMBAHAN
1) Tandakan Remotely locate this device untuk mengesan lokasi smartphone yang hilang.
2) Tandakan Allow remote lock and factory reset untuk format (factory reset) smartphone yang hilang. Tatkala sang pencuri smartphone bersuka ria hack akaun, tiba-tiba smartphone tu OFF dan apabila ON semula, semuanya kosong seperti kali pertama membeli smartphone di kedai (bayangkan muka terkejut sang pencuri).  


LANGKAH 2: Apabila Smartphone Hilang

Buka Laman Web Android Device Manager di laptop/PC

Login dengan menggunakan akaun Gmail yang sama seperti dalam smartphone yang hilang

Klik butang Locate device (bersebelahan simbol pensel) untuk mengesan kedudukan smartphone yang hilang

Klik butang Ring untuk mengaktifkan bunyi deringan tahap maksimum di smartphone yang hilang

Klik butang Setup Lock & Erase untuk mengaktifkan operasi memformat smartphone yang hilang

NOTA TAMBAHAN
1) Butang Ring boleh digunakan sekiranya korang terlupa smartphone korang letak kat mana. Kot terselit celah sofa, mana tau kan? (aku pernah buat...hahaha).
2) Semua butang kat Laman Web Android Device Manager hanya akan berfungsi dengan baik sekiranya smartphone korang dalam keadaan ON.


Senangkan? Tolonglah setting smartphone korang seawal yang mungkin. Sayang duit beribu-ribu terbang melayang. BERINGAT SEBELUM KENA!




DAH TAHU
\(^_^)/

31 December 2013

MAYBANK2U - Maybank ke Tabung Haji



Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji

Aku dah tahu pasal perkara ni pada bulan Julai tahun ni. Ada 2 kaedah yang boleh korang gunakan.




KAEDAH 1: Bill Payment

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-1
Login di Laman Web Maybank2u

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-2
Pilih menu Bill Payment

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-3
Klik menu Make a one-off payment

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-4
Pilih menu Funds

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-5
Klik butang Continue

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-6
Isi maklumat pada ruangan yang berkenaan dan klik butang Continue

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 1-7
Klik Request a TAC number, isi nombor TAC yang diterima, dan klik butang Confirm


KAEDAH 2: Transfers

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-1
Daftar Akaun Tabung Haji di Mesin ATM Maybank (tak sempat ambil gambar, ni info dari Website Maybank)

PERINGATAN
(a) Sila bawa buku Akaun Tabung Haji sebab nanti Mesin ATM tu minta masukkan nombor siri buku. Nak senang, save nombor siri tu dalam handphone atau ingat dalam otak.
(b) Sila buat urusan pendaftaran semasa waktu pejabat (office hours) sebab hari tu aku buat selepas waktu pejabat, pandai pulak Mesin ATM tu sekat proses pendaftaran...adehhhhh.

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-2
Login di Laman Web Maybank2u

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-3
Pilih menu Transfers

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-4
Klik menu Tabung Haji

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-5
Klik menu Fund Transfer

NOTA TAMBAHAN
(a) Klik menu Balance Inquiry untuk menyemak baki terkini dalam Akaun Tabung Haji.
(b) Klik menu Hajj Registration untuk mendaftar haji.

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-6
Klik menu Maybank to TH Own Account Transfer

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-7
Isi maklumat pada ruangan yang berkenaan dan klik butang Continue

Maybank2u Maybank Transfer ke Tabung Haji 2-8
Klik Request a TAC number, isi nombor TAC yang diterima, dan klik butang Confirm


Kesimpulannya, aku lebih suka guna Kaedah 2 sebab aku boleh semak terus baki terkini dalam Akaun Tabung Haji dan PALING PENTING sebab Kaedah 2 hanya dikenakan charge tambahan sebanyak RM 1. Kaedah 1 dikenakan charge tambahan sebanyak RM 1.50. Ya, memang Kaedah 2 agak leceh kerana perlu daftar di Mesin ATM terlebih dahulu. Tu cuma peringkat permulaan. Untuk transaksi seterusnya tidak perlu daftar di Mesin ATM lagi. YEAHHH!




DAH TAHU
\(^_^)/

30 December 2013

SNIPPING TOOL - Print Screen Cara Mudah



Snipping Tool Print Screen Cara Mudah

Aku dah tahu pasal application ni lama dah. Aku lebih suka guna application ni berbanding tekan butang Prt Sc kat keyboard pastu kena paste kat Paint dan crop segala bagai. Cara lama memang sangat leceh OK.

Application ni memang FREE, dah memang ada siap-siap kat laptop/PC korang, asalkan korang guna Windows version atas dari Windows XP. Cara nak guna? Senang je.




Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 1

1) Pastikan kawasan yang korang nak Print Screen tu berada depan mata korang seperti gambar di atas.

Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 2

2) Klik butang Start > All Programs > Accessories > Snipping Tool seperti gambar di atas.

Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 3

3) Cursor mouse korang akan bertukar menjadi simbol tambah. Kawasan yang korang nak Print Screen akan bertukar warna kepada kelabu seperti gambar di atas.

Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 4

4) Korang boleh click and drag mouse untuk memilih kawasan yang korang nak Print Screen. Aku nak Print Screen tingkap tu je. Nampak tak tingkap tu? Setelah click and drag mouse, jadilah seperti gambar di atas.

Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 5

5) Tulisan TINGKAP tu, aku tulis guna Pen Tool seperti gambar di atas. Abaikan tulisan aku yang buruk tu. Macam-macam tools boleh korang gunakan seperti Highlighter, Eraser, dan sebagainya.

Snipping Tool Print Screen Cara Mudah 6

6) Kalau dah siap edit, klik gambar disket tu untuk Save. DAH SIAP!




DAH TAHU
\(^_^)/
Home